Monday, January 30, 2012

tekanan darah tinggi ~

tekanan darah tinggi :


Tekanan darah tinggi adalah satu keadaan di mana tekanan yang dikenakan oleh darah terhadap dinding arteri atau saluran darah anda lebih tinggi dari yang sepatutnya dan akhirnya menyebabkan pelbagai ancaman kesihatan seperti strok dan sakit jantung.
Tekanan darah ditentukan oleh kuantiti darah yang dipam keluar oleh jantung dan had pertahanan dinding saluran darah terhadap aliran darah. Jika terdapat semakin banyak darah yang dipam keluar daripada jantung dan arteri yang menjadi semakin sempit, maka seseorang itu lebih cenderung untuk mendapat tekanan darah tinggi.
Seseorang itu boleh mempunyai tekanan darah tinggi selama bertahun-tahun tanpa sedarinya. Ini adalah pada peringkat awal, tekanan darah tinggi tidak menunjukkan sebarang gejala yang jelas. Masalah tekanan darah tinggi yang tidak dirawal akan meningkatkan risiko kesihatan yang ketara, khasnya serangan sakit jantung.
Tekanan darah tinggi biasanya mengambil masa selama bertahun-tahun untuk berkembang sampai tahap yang boleh dikesan. Pada akhirnya, masalah hipertensi boleh dikatakan boleh mempengaruhi hampir semua orang. Sungguhpun begitu, tekanan darah tinggi boleh dikesan dengan mudah. Jadi, ia adalah sangat penting bagi anda supaya melakukan pemeriksaan badan setiap tahun. Jika anda ketahui bahawa anda mempunyai tekanan darah tinggi, anda harus bekerjasama dengan doktor anda untuk mengawal masalah tersebut.

macam mana nak tahu tekanan darah kita tinggi atau tidak?

Tekanan DarahSistolik (angka pertama)Diastolik (angka kedua)
Darah rendah atau hipotensiDi bawah 90Di bawah 60
Normal90 - 12060 - 80
Pre-hipertensi120 - 14080 - 90
Darah tinggi atau hipertensi (stadium 1)140 - 16090 - 100
Darah tinggi atau hipertensi (stadium 2 / berbahaya)Di atas 160Di atas 100



punca-punca darah tinggi:

  1. Cara hidup tidak aktif
  2. Sejarah keluarga
  3. Umur melebihi 35 tahun
  4. Kegemukan
  5. Paras kolesterol tinggi
  6. Merokok
  7. Pengambilan alkohol yang berlebihan
  8. Diet mengandungi garam yang tinggi


dialog seorang pesakit darah tinggi dan seorang doktor :

Pesakit Tekanan Darah Tinggi:
"Dok, kenapa bacaan tekanan darah saya masih tinggi walaupun saya jaga permakanan saya dan sudah habis makan ubat-ubat yang Dok bagi tu?"
Dok:
"Ohhh... Anda perlu faham bahawa Tekanan Darah Tinggi ini tidak boleh disembuhkan dan ia merupakan suatu penyakit yang anda terpaksa hidup bersama buat selama-lamanya. Ubat-ubat yang saya bagi tu cuma untuk mengawal keadaan anda sahaja."
Pesakit Tekanan Darah Tinggi:
"Maksud Dok adalah saya terpaksa jumpa Dok setiap bulan untuk mendapatkan ubat-ubat pengawal tu?"
Dok:
"Yah betul. Anda mesti datang ke sini untuk uji bacaan tekanan darah anda dan ambil ubat anda"
Pesakit Tekanan Darah Tinggi:
"Apa!? Maksudnya setiap bulan saya terpaksa datang untuk dapatkan ubat atau suntikan yang mahal tu sungguhpun ia terbukti tidak boleh menyembuhkan masalah tekanan darah tinggi saya?"
Dok:
"Mmm... Nampaknya ia merupakan satu-satunya pilihan yang ada pada kamu."
Pesakit Tekanan Darah Tinggi:
"... ... ..."

peringkat-peringkat perkembangan darah tinggi :


Peringkat Pertama: Darah Yang Pekat dan Gelap

Apabila kandungan air di dalam darah hilang dengan banyak (akibat daripada ubat diuretic) kepekatan darah akan menjadi semakin meningkat dan ini akan menyebabkan sel-sel darah merah melekat bersama dan menjadi gelap dan lekit yang menghalang pengaliran darah yang lancar. Rintangan ini akan memaksa jantung untuk pam lebih kuat lagi yang menyebabkan tekanan darah menjadi semakin tinggi.

Gout Thick Blood

Peringkat Ke-2: Kerap Rasa Letih dan Mengantuk

Darah yang telah menjadi pekat dan mengalir dengan perlahan tidak boleh mengangkut oksigen dan nutrien ke seluruh badan dengan efektif. Apabila otak anda tidak terima bekalan oksigen yang mencukupi, anda akan kerap rasa letih dan mengantuk. Kualiti tidur anda turut terganggu. Tidur 8 atau 9 jam satu hari (lebih daripada cukup), tetapi masih senang rasa letih dan ngantuk, khasnya pada waktu petang.
Gout Tired Sleepy

Peringkat Ke-3: Lemah Tenaga Batin atau Mati Pucuk. Persembahan Tidak Tahan Lama

Tidak kira lelaki atau perempuan, masalah Tekanan Darah Tinggi akan mengganggu sistem hormon dan pengaliran darah badan anda dan menjejas kualiti hidup seks anda.
Gout Erectile Dysfunction

Peringkat Ke-4: Kerap Sakit Kelapa atau Migrain

Ini merupakan tanda awal bahawa kapilari-kapilari darah dalam otak sudah menjadi semakin sempit dan tekanan dalaman otak sudah menjadi semakin meningkat.
tekanan darah tinggi

Peringkat Ke-5: Penglihatan Menjadi Semakin Kabur

Kapilari yang terdapat pada mata adalah yang paling halus, apabila pengaliran darah terjejas. Sel-sel mata akan semakin merosot dan akhirnya menjadi katarak atau mungkin buta.
mata kabur

Peringkat Ke-6: Masalah Buah Pinggang, Pengerasan Saluran Darah, Fungsi Hati Merosot dan lain-lain Penyakit Sekunder.

Buah pinggang menjadi semakin lemah kerana beban yang semakin bertambah. Bukan sahaja ia perlu menanggung penyingkiran cecair (tekanan) yang banyak, ia juga perlu berkerja keras untuk menyingkirkan sisa-sima kimia yang berasal daripada ubat-ubat yang anda makan itu.
Gout Kidney Failed

Peringkat Ke-7: Peringkat Terakhir...

Strok & Serangan Sakit Jantung

Apa yang paling menakutkan mengenai Strok dan Serangan Jantung adalah ia boleh serang pada bila-bila masa tanpa sebarang tanda-tanda awal. Apabila ia menyerang, ia mungkin kali pertama, ia juga mungkin kali terakhir...
Gout Game Over





langkah-langkah pencegahan tekanan darah tinggi:


Ubah  cara hidup anda dengan:

  • Amalkan permakanan sihat
  • Kurangkan pengambilan garam dan lelemak
  • Amalkan senaman berkala
  • Dapatkan berat badan ideal jika berlebihan
  • Pelajari mengatasi  tekanan secara berkesan
  • Berhenti merokok- dapatkan nasihat untuk berhenti merokok


p/s : rawatan tanpa ubatan adalah  rawatan utama

Sunday, January 29, 2012

280112 senorita shinee :)

breep2, assalamualaikum.
dah lame x keluar dgn kawan2 senorita shinee.
tibe2 dyorg ajak pegi makan2 aiskrim at tutti frutti,,
hey, haty joy sakan !
terus on, n set date.
hari sabtu 28 jan 2012 :)
yg ade kat tutti frutti waktu aku smpai with my dearest yunie, adelah dawn (husna), ain (nasyihin) n siwon (mira izzati)
hepi gileeerrrrr ngan korang !!

pose d tutti frutti :)


jalan2 at tmn tengku anis :)
antare pose terbaek d taman tengku anis :p



mira daton + mira siwon

bff foreva :)

candid lah konon kan? keje ain lerr nie,,,hehe
sgt seronok laahhhhh ! (excited)
jom kuar lg,,,nak nak? heee :)
sayonara siwon, gonna miss u !
selamat pulang ke sg.buloh!
daa~

Friday, January 27, 2012

GILA samsung dlm keluarga aku ~

balik jew dr sarawak ai tuu,
terus hati sentap tgk yunie dgn GALAXY WAVE YOUNG nyer,,,

aduuhhh sabar2,,,
x sempat panas kerusi aku duduk,
abah pulak cakap "jom kak teman abah pegi cari GALAXY TAB"

what the fish betol family nie,,,,
buat aku jerrrllleeeyyysss aja !

p/s: samsung aku bile nak sampai nie? hik4

Thursday, January 26, 2012

well-being !

setelah sekian lame meninggalkan dunia blogging,
oh demn, kini aku kembali :)
with new issues new topics n for sure new idea,,,

dgn keadaan rumah yg kacau bilau,*
aku rase belom mse tuk new entry okayy ?
cukup laa sekadar a say saying dat i'm in a well being,,,

oke daa ~