Thursday, February 28, 2013

memikul kayu balak...

assalamualaikum.
dah masuk semester 4, makin matang, insyaallah makin bersemangat menghadapi hari hari yang mendatang.
doakan. Amin.
waktu first datang sini, seriously otak jem habis.
garagara, lambat bayar yuran pengajian, terus lambat nak daftar kursus dalam sistem.
dah ready nak daftar, sekali semua subjek dalam sistem dah full.
amekaw amira!
dah 4 sem kot, takkan laa tak ingat lagi yang tiaptiap sem kena bayar yuran.
insyaallah dah tak lupa, dah tak lupa >.<
bila datang sini, habis bengkakbengkak kaki sebab ke hulu ke hilir hantar surat pujuk rayu lecturer untuk masuk kelas diorang.
tambah dengan sandal hitam yang telah dikebas oleh orang yang tak bertanggungjawab
setiap yang berlaku pasti ada hikmah nya.
akhirnya, alhamdulillah berjaya jugak aku untuk register sebanyak 21 jam kredit.

bile dah berjaya, masuk lah kelas.
belajar belajar belajar.
masyaallah, beratnya terase beban 21 jam kredit.
macam tak mampu untuk ditampung dalam satu semester.
macamane ni?

call abah.
berkongsi masalah, minta pendapat.
kata abah, belajar nie umpama pikul kayu balak.
memang penat. memang berat.
tapi kenapa pikul kayu balak yang berat? kenapa tak pikul rotan je ke? kan ringan.
bodoh kah orang yang pikul kayu balak nie?
abah kata, orang yang pikul kayu balak lah orang yang paling pandai.
sebab dia tahu, walaupun berat tapi usahanya akan mendatangkan hasil yang lumayan kelak pabila dijual.
ye tak? betol kan.
berbanding orang yang memikul rotan, bebannye tak banyak. sangat ringan. mudah.
tapi hasilnya tak seberapa.

terima kasih abah.

p/s: Allah tidak bersama kita, jika kita tak dekat dengan Nya. berdoa dan berusaha.