Sunday, March 9, 2014

dapat masuk kolej balik, yeayy!!!

assalamualaikum.
tak tahu macam mana nak ekspresikan kebahagiaan aku sekarang lepas tekanan sepanjang dua minggu gara-gara tiada tempat untuk tinggal di bumi kenyalang nie.
aku di buang kolej.
atas sebab apa aku tak pasti.
tak aktif?
entahlaa. mungkin.
tapi jumaat lepas, alhamdulillah.
aku dapat perkhabaran yang baik dari pejabat kolej kediaman aku.
aku diterima masuk kembali dan boleh mendaftarkan diri masuk kolej pada hari isnin.
terima kasih ya rabb.
dah lama aku menumpang bilik kawan aku di Desa Ilmu nie.
dia memang baik dan suruh aku stay lama di rumah dia.
tetapi lama-lama kat rumah orang, mesti laa naik segan jugak. yer idok? heee.
apa-apa pon terima kasih NANO sebab bagi tumpang selama dua minggu nie.

:)

esok amira dah nyenyak tidur di kolej balik!
yeayy!!!

k bye.

No comments:

Post a Comment