Tuesday, August 5, 2014

sambutan hari jadi isya.

semalam 4 ogos 2014,
genaplah 17 tahun adikku, isya.
memang kelam kabut gila planning last minit nie.
sumpah becak!! kakaka.

1st plan nya, aku nak belikan isya hadiah (plan sendiri tanpa discuss ngan siapa2)
apa2 hadiah yang isya suka.
jadi seminggu sebelum tu aku dok perhati jelaa apa kegemaran budak nie.
lepas tanya2, dia cakap dia teringin nak kek tiramisu untuk birthday!


abah dan ummi bagitahu aku yang diorang plan nak bawa isya keluar makan malam as birthday present.
jadi aku cancelkan laa plan kek tiramisu aku tuu.

pagi birthday tu, baru ummi confirmkan suruh aku belikan jugak kek tiramisu dan bawa kek tu waktu makan malam tu.
menggelupur mak enon mencari kek tiramisu!
mana laa ada orang yang sanggup buat kek tiramisu dalam masa kurang 5 jam.
pukul 12 tengahari baru nak order, pukul 5 petang dah nak ambil.
lepas dah mencuba dan mencuba, akhirnya buat keputusan lepas habis kerja, nak singgah je di mall, dan beli kek secret recipe.
(dengan dalam hati berdoa je kek secret recipe tiramisu masih ada)

dan akhirnya,
pukul 6 tepat!
berjaya jugak aku dapatkan kek tiramisu isya.
heeee :)

dan malam tu dengan suka hatinya,
plan surprise kan isya berjalan dengan lancar.

happy birthday baby girl, isya!!
me love u muchos....




tamat.

1 comment:

  1. Bestnya ad kakak cm awk. Kita pinjam awk jd kakak kita boleh? Haha

    ReplyDelete